Saturday, 4 May 2013

BACAAN AMIN YANG BETUL....... #take note ya...  :)

Amin
yang seringkali dilafazkan setelah membaca surah Al Fatihah ketika solat mempunyai 4 perbezaan sebutan dan makna seperti berikut :
1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.
2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika solat, kita tidak boleh membaca Amin dengan dua cara baca di atas.


3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.


Menurut Al Wahidi, sebahagian ulama' yang membolehkan membaca Amin dalam solat dengan bentuk bacaan seperti ini. Pun begitu Imam An Nawawi mengatakan bahawa pendapat ini sangat aneh. Manakala kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab Asy Syafie mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca Amin dengan cara ini dalam solatnya maka solatnya batal.’  (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, muka surat 134)


4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikut mad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan Amin yang benar.


Wallahu'alam bissowab...


oke..! skrg ni mcm mna??? kita nk bc "a" brp harakat ya??? 
hmm~setelah den baca kat atas ni haaa.....konklusinya.. kita boleh baca dalam 2keadaan....
1)pendek
2)panjang...
oke..teman-teman sekalian.... andai masih kurang mengerti..... sila baca semula yang saya.. "tulis lain drpd yang lain" tu.... ha...... ataupon...  cuba tngok utube kt bwh ni.. ;)



                                                                                                                                                                                                             ha..... mcm mna skrg?????? oke tak??? harap-harap oke la ye....?   semoga kita sama-sama dapat ilmu yang baru ini.... :) mungkin dah ada orang yang tahu... tpi tak apa lah... tak salah kan kalau baca banyak kali.. hihi... :)

No comments:

Post a Comment