Saturday 6 July 2013

Adakah aku sudah bersedia..??? :'(

assalamualaikm..... 
..................kpd bakal jenazah........
adakah kau telah bersedia??'
apa yang kau telah lakukan dan apakah sumbanganmu untk agamamu..???
jgnlah kau leka...kerna kita tak tahu..bila ajal kita akn tiba...  :'(  mungkin sudah dekat...
yaa...!! ia akn menjengah kita juga....  bila tiba detik itu...  saat itu....
Ya Allah......  ampunkanlah sgala kesalahan dan kesilapan yg telah aku lakukan samaada scra sngja atau tidak....  ku hanyalah hambaMu yg lemah....  ku msih prlukan bimbngn.... ya Rahman... Ya Rahim.....    brikanlah taufiq dan hidayahmu kpdku dan sluruh hambaMu....  :'(

Friday 28 June 2013

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat

                                                                            
Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.


Kedua, hendaklah mentaati suami.
Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. 
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah. 

Keempat, solat malam.
Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah.
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

.. wallahualam...

Thursday 16 May 2013

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

Monday 13 May 2013

tanda-tanda orang yang merasai bahagia menurut pandangan Islam :

1.   Tidak rakus hal dunia
2.   Sibuk beribadah
3.   Kurang berbicara melainkan yang perlu sahaja
4.   Memelihara solat wajib
5.   Bersahabat dengan orang baik dan alim
6.   Merendah diri
7.   Menjauhkan diri dari perkara yang haram
8.   Pemurah dan baik hati
9.   Kasih sayang dan ehsan sesama makhluk
10. Membuat amal bakti kepada masyarakat
11. Mengingati kematian
"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah,
 supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran.
 Setiap yang payah mesti ada kesenangan.
Setiap kesabaran mesti ada ganjaran.
 Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
 tiada siapa yang boleh beri halangan.
 Namun jika sesuatu itu ditkadirkan bukan untuk kita,
 pasti takkan dapat walaupun sudah dalam genggaman.
 Jadi, teruskanlah melakukan perkara-perkara terbaik dalam hidup kita,
 kerana ia bukan satu pertaruhan"

Sunday 12 May 2013

      Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan
segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan denga
n cara yang tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.
Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat

Saturday 11 May 2013

"Setiap orang penting dalam kehidupan..kerana itu dia diciptakan..Apakah Allah menciptakan sesuatu yang tidak penting..??? Carilah mengapa dia di situ..."

Friday 10 May 2013

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

Thursday 9 May 2013

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
...kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.

Monday 6 May 2013

CARA-CARA MENDAPATKAN CINTA>>  <3 ALLAH...

  1) membaca Al-Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya.

2) mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib.

3) terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

 4)lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.
 
5) merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

6) memperhatikan kebaikan, nikmat dan karunia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin.

7) inilah yang begitu istimewa, iaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.

8) menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al-Qur’an).

9) duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para shodiqin. Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat.

 10)menjauhi segala sebab yang dapat menghalangi antara dirinya dan Allah Ta’ala

Sunday 5 May 2013

LANGAH-LANGKAH UNTUK MERINGANKAN MUSIBAH DAN BENCANA SERTA  MEMBUATNYA MUDAH UNTUK DITERIMA OLEH DIRI KITA.............. <3


1)Bayangkan bahawa musibah yang menimpa diri anda di masa lalu adalah lebih besar dan lebih buruk akibatnya bagi anda daripada musibah yang sedang menimpa anda saat ini.

2)Bayangkan orang yang tertimpa musibah yang lebih besar dan lebih dahsyat daripada anda.

3)Lihatlah nikmat dan kebaikan yang telah anda perolehi,sedang banyak orang lain yang terhalang dari mendapatkannnya.

4)Janganlah engkau menyerah kepada kegagalan yang terkadang beriringan dengan bencana.... :)

"Kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
(Surah Al-Insyirah:Ayat 5-6)

Saturday 4 May 2013

KUNCI-KUNCI MERAIH KEJAYAAN..  :)

Assalamualaikum.. teman-teman sekalian... hari ni..mari sama-sama kita muhasabah diri kita ya....  :) jom!! sama-sama kita hayati segala kunci-kunci yang ada... hihi... ;)

*Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan
  Rasulnya.
*Kunci rezeki adalah berusaha disertai istiqfar dan taqwa
*Kunci syurga ialah MengEsakan Allah(tauhid)
*Kunci adalah merenungkan ayat-ayat Allah
   dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada            makhluk-makhlukNya.
*Kunci kebaikan adalah kejujuran
*Kunci kehidupan hati adalah merenungkan
  ayat-ayat Al-Qur'an,berdoa di malam hari dan
  meninggalkan perbuatan dosa
*Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik
*Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar
*Kunci kebahagiaan adalah taqwa
*Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur
*Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap dunia
*Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah adalah berdoa
BACAAN AMIN YANG BETUL....... #take note ya...  :)

Amin
yang seringkali dilafazkan setelah membaca surah Al Fatihah ketika solat mempunyai 4 perbezaan sebutan dan makna seperti berikut :
1. Amin , Ø£َÙ…ِÙŠْÙ†ٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.
2. Aamin, Ø£ٰÙ…ِÙ†ْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika solat, kita tidak boleh membaca Amin dengan dua cara baca di atas.


3. Aamiin, آمِّÙŠْÙ†َ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.


Menurut Al Wahidi, sebahagian ulama' yang membolehkan membaca Amin dalam solat dengan bentuk bacaan seperti ini. Pun begitu Imam An Nawawi mengatakan bahawa pendapat ini sangat aneh. Manakala kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab Asy Syafie mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca Amin dengan cara ini dalam solatnya maka solatnya batal.’  (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, muka surat 134)


4. Aamiin , Ø£ٰÙ…ِÙŠْÙ†َ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikut mad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan Amin yang benar.


Wallahu'alam bissowab...


oke..! skrg ni mcm mna??? kita nk bc "a" brp harakat ya??? 
hmm~setelah den baca kat atas ni haaa.....konklusinya.. kita boleh baca dalam 2keadaan....
1)pendek
2)panjang...
oke..teman-teman sekalian.... andai masih kurang mengerti..... sila baca semula yang saya.. "tulis lain drpd yang lain" tu.... ha...... ataupon...  cuba tngok utube kt bwh ni.. ;)



                                                                                                                                                                                                             ha..... mcm mna skrg?????? oke tak??? harap-harap oke la ye....?   semoga kita sama-sama dapat ilmu yang baru ini.... :) mungkin dah ada orang yang tahu... tpi tak apa lah... tak salah kan kalau baca banyak kali.. hihi... :)

Friday 3 May 2013

Terkadang manusia menyesali ucapannya, tetapi dia tidak akan menyesal kerana sikap diamnya..... yang ni..semua orang dah tahu laaa.....hmm~...bercakap itu perak dan diam itu emas.... mari kita lihat dan berfikir sejenak......   yang mana satu lebih berharga????  mestilah emas kan3???  apa tunggu lagi??? yala..orang cakap kalau diam sunyi~ memang tak dapat dinafikan... tapi pernah tak kita fikir... andai kita banyak bercakap..mesti banyak salah kan???  kadang-kadang kita tak sedar..dengan kata-kata kita tu dah boleh membuatkan orang terluka..walaupun hanya terguris sedikit di hati.. kesannya..... aduh!!! amat mendalam... jadi..mari kita muhasabah diri kita balik.... memang tak salah untuk kita berbicara...tapi kannnn........................ lebih elok..kita berbicara tentang ilmu...nasihat..motivasi...sebagai perangsang hidup kita....panduan hidup kita..... bekalan kita untuk meneruskan hidup di kampung akhirat sana... ku sedar..diriku ini..tidaklah seberapa mana pun..sering jugak menuturkan kata-kata..sehinggakan kadang-kadang...menyebabkan ada hati insan-insan bersedih... ya..! dengan percakapanku..dengan tutur kataku.... .membuatkan orang bersedih..... Ya Allah... ampunilah segala dosa-dosaku......hmm~ kepada insan-insan yang hatinya pernah terguris dengan kata-kataku... ku pohon ampun dan maaf..kerana ku sedar...ku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan dan kenyataannya hidup di dunia ini hanyalah sementara~ benar..!! ajal akan menjengah bila-bila masa sahaja..... adakah waktu itu diri ini dekat dengan Maha Pencipta??? ataupun masih lalai???

Allah...Allah.......   Sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah kerana Allah....

Tetapkanlah imanku..... :'(

Thursday 2 May 2013

"Sesungguhnya jalan menuju kebahagiaan tersimpan dalam kemurniaan ..pengetahuan..dan wawasan anda.Ianya tidak akan diperolehi daripada kisah-kisah romantik atau khayalan yang membuat pembacanya terbayang jauh dari realiti dan tercampak jauh dari dunianya... Engkau mungkin akan menemui di dalamnya mimpi-mimpi yang indah dan memabukkan.Tetapi hasil yang engkau peroleh adalah pengkerdilan sifat keperibadian...Sesuatu yang menghanyutkan dan membunuh,bahkan lebih bahaya dari itu...."   :)

Wednesday 1 May 2013

Pesanan untuk diriku dan semua yang membaca ......

 

ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu maha mengampuni orang yang beristighfar, maha pemberi taubat atas sesiapa sahaja orang yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadanya, jadi.... marilah sama-sama kita memohon taubat kepada yang maha Esa pemilik alam ini dari segala maksiat yang lalu atas kelekaan dan kelalaian diri sendiri tanpa kita sedari kita tersesat..... namun kini...  kita telah menemui jalan pulang, pulang kepada Maha Pencipta............ :)

.......... ..

Wahai manusia yang paling bahagia kerana agama dan etika,meskipun tanpa permata,kalung dan emas yang menghiasinya melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya bagaikan berita gembira, bagaikan hujan,bagaikan fajar,bagaikan sinar,dan bagaikan awan dalam sujud,dalam doa,dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah,dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh dan kitab-kitab yang juga dipesankan oleh cahay wahyu yang diturunkan di gua yang darinya Rasul Tuhanmu dapat menguasai bangsa Romania dan bangsa Arab engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia berkat keyakinan yang ada dalam kalbumu yang suci lagi penuh dengan ketaatan...........

KEbahAgiAan aNda tidAk bErgaNtung PAda OraNG laiN......

tEtApi bErada di TaNgan ANda SEndiri...... :)

Tuesday 30 April 2013


Pra-SYarat mEnjamin KeGemilangan uMat Islam~                                         

                     

1)mencintai Allah lebih daripada segalanya sehingga Allah juga mencintai kita.


2) bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin di mana kita mesti tolong menolong sesama kita atas dasar iman dan kebaikan.


3)Umat Islam hendaklah bersatu padu.


4)Umat Islam hendaklah bersikap tegas terhadap orang yang memusuhi Islam sehingga mereka tidak berani menghina Islam dan menindas umat sesuka hati.


5)Umat Islam mestilah berjihad di jalan Allah tanpa merasa takut dan gentar kepada musuh Islam kerana hanya kepada Allah kita semua berserah diri.


6)Cekal dan sabar hendaklah diterapkan dalam diri kita dan hanya sifat ini yang menjamin perjuangan sampai kepada matlamatnya.


7)Berani berhadapan dengan risiko perjuangan seperti terpaksa berhadapan dengan musuh dan halangan yang sentiasa menguji semangat juang dan keimanan pejuang-pejuang Islam.


8)Yakin dan harap kepada Allah sehingga segala serangan dan ujian dapat ditangkis dengan mudah dan tenang.


9)Menjadikan Rasul dan orang-orang beriman sebagai pemimpin dan rujukan dalam perjuangan.


10)Sentiasa bertawakal dan berharap hanya kepada Allah...

start from beginning~