Saturday, 6 July 2013

Adakah aku sudah bersedia..??? :'(

assalamualaikm..... 
..................kpd bakal jenazah........
adakah kau telah bersedia??'
apa yang kau telah lakukan dan apakah sumbanganmu untk agamamu..???
jgnlah kau leka...kerna kita tak tahu..bila ajal kita akn tiba...  :'(  mungkin sudah dekat...
yaa...!! ia akn menjengah kita juga....  bila tiba detik itu...  saat itu....
Ya Allah......  ampunkanlah sgala kesalahan dan kesilapan yg telah aku lakukan samaada scra sngja atau tidak....  ku hanyalah hambaMu yg lemah....  ku msih prlukan bimbngn.... ya Rahman... Ya Rahim.....    brikanlah taufiq dan hidayahmu kpdku dan sluruh hambaMu....  :'(

Friday, 28 June 2013

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat

                                                                            
Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.


Kedua, hendaklah mentaati suami.
Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. 
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah. 

Keempat, solat malam.
Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah.
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

.. wallahualam...

Thursday, 16 May 2013

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

Monday, 13 May 2013

tanda-tanda orang yang merasai bahagia menurut pandangan Islam :

1.   Tidak rakus hal dunia
2.   Sibuk beribadah
3.   Kurang berbicara melainkan yang perlu sahaja
4.   Memelihara solat wajib
5.   Bersahabat dengan orang baik dan alim
6.   Merendah diri
7.   Menjauhkan diri dari perkara yang haram
8.   Pemurah dan baik hati
9.   Kasih sayang dan ehsan sesama makhluk
10. Membuat amal bakti kepada masyarakat
11. Mengingati kematian
"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah,
 supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran.
 Setiap yang payah mesti ada kesenangan.
Setiap kesabaran mesti ada ganjaran.
 Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
 tiada siapa yang boleh beri halangan.
 Namun jika sesuatu itu ditkadirkan bukan untuk kita,
 pasti takkan dapat walaupun sudah dalam genggaman.
 Jadi, teruskanlah melakukan perkara-perkara terbaik dalam hidup kita,
 kerana ia bukan satu pertaruhan"

Sunday, 12 May 2013

      Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan
segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan denga
n cara yang tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.
Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat

Saturday, 11 May 2013

"Setiap orang penting dalam kehidupan..kerana itu dia diciptakan..Apakah Allah menciptakan sesuatu yang tidak penting..??? Carilah mengapa dia di situ..."

Friday, 10 May 2013

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

Thursday, 9 May 2013

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
...kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....